Khamis, 7 Mac 2013

Cerita Saya

Assalamualaikum...
    Alhamdulilah aku masih lagi disini,Masih Allah panjangkan umur aku. Dah lme ak x update =) ... Rindu sgt nk menaip. x pelah maybe x berkesempatan. Banyak perkare yg aku belajar dalam erti mencari kejayaan sebenar di dalam dunia nie. Dalam erti kata lain apa yg kita perlukan dalam kehidupan kita dalam masa2 yg akan datang. Adakah kita perlu masih lagi berada di takuk lama ataupun mahu berubah atau mengubah nasib diri kita ini? .Jawapan nye mesti lah kita nk merubah nasib kita menjadi lebih dari org2 lain. Betul x?Sebenarnye aku nie x la pandai sgt tpi cuba juga untuk merubah nasib dalam kehidupan aku sendiri.

  Nasib ataupun kejayaan seseorang itu bergantung kepada kebergantungan kepada sama ada die rajin ataupun tidak dan berusaha ataupun tidak. Semuanya terletak pada diri sendiri yang merungkainya. Aku ade la bace satu artikel dari Dato' fadzilah kamsah die kate kejayaan seseorg itu bermula daripada rumah.Jadi bukan diluar sahaja kita nampak macam keberhasilannye tapi didalam juga kita harus menitik beratkan jugak. Dipendekkan cerita x kire la kite nie sebagai ape pun tips yg die bagi memang berkesan. Tips ini sesuai untuk student mcm sye.

(kejayaan yg sebenar adalah solat dgn khusyuk)
#pesananibu

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Ahad, 11 November 2012

cinte @ x cinte.. salah ke?


Assalamualaikum sebagai pembuka kata... hihii
      
        Setelah sekian lamanye x bukak blog. Ya Allah rindunye x menaip-naip nie. Sekarang baru masenye terluang ape yg nk diceritekan. OK! tajuk kite hari nie CINTE @ x cinte salah ke?? hahha Formal sgt ayat ko 2 kiella.. Cinte itu memang indah2 belake. hohohoii!. Sbenarnye macam nie al-kisah nye.. Ramai yg tanye  "eh bile ko nk ade boypren??" or "ko xde boypren ke??"n bla..bla..bla..

                                               
      

          OK,, ini sbenanrnye jawapan yg nk ak bgi tpi x terbgi tau.. nmpak x ak da geram!.. salahke klu ak xde boypren? ape penting sgt ke klu nk ber2boypren2 nie?? bukan ak ckp ak x heran langsung nk berboypren nie. Tapi ak x nk ad bersangkut paut dgn org2 susah yg aku nk percaya. PERCAYA tu adlah perkara paling penting klu nk ber-couple2 nie. Aku lagi selesa xde boypren. Dan ini bukan masenye utk bercakp soal C.I.N.T.E.. Mase yg sesuai akn kunjung tba. N ak rse x perlu utk bgi tau semua org yg aku ad boypren.. err

                           

         


Isnin, 8 Oktober 2012

Nasihat diri sendiri

            Assalamualaikum..



Dah lame x bukak blogger.. hurmm,,rindu rasenye nk menaip..=) Sbenarnye ade
assignment nk kne buat tpi singgah sini untuk tenangkan fikiran sat. Ntah la, ak rse hidup aku nie mcm 
terlalu penat. Ak x tau ak buat ape,sibuk sgt ke ak nie?? adakah sye ini PM wah! gituh hahahahha... 
Perkare nie berkait dgn diri ak, ak x tau la klu mse depan ak nie mcm mne. Aku tau 
       setiap org  halangan die lain2. Ade org nk kaye tpi halangannye adalah org2 sekeliling yg mencemburui          kehidupan die. Biasalah lumrah kehidupan biasa perlu kita tempuhi.  

Tapi perkara yg paling2 penting dlm kehidupan kita adalah pertama sekali adalah.
Cara kita mengginsafi diri kita dekat tuhan. Adakah benar2 kita ber-sungguh2?.Sbenarnye ini untuk motivate untuk diri ak jugak. Cukup X kita solat lime waktu sehari? sume bende2 mcm nie penting bgi kita setiap umat islam. Kadang2 bende2 yg selalu akan mempengaruhi kita adalah kawan kita. Kalau kawan kita x sembahyang kita mmg wajib menegur. Tapi kadang2 ini berkaitan dengan iman kita, x boleh nk salahkan 100% kawan tpi iman didada harus kuat dan lawan untuk melakukan perkara2 yg mungkar. Hidup nie jika kita sombong dengan tuhan dan diri sendri, kita nie same je dgn org2 bodoh.

Dan yg ke-2 adalah ibu bapa kita.: "Andainye suatu hari nanti ak menjadi ibu bapa,
didiklah hati ku dahulu yg boleh dicontohi oleh anak2ku  agar dapt membentuk anak2ku yg soleh @ solehah, keperibadian yg elok dan taat kepada Allah s.w.t yg 1" amin!.  Di zaman sekarang nie dah bermacm2 kite dgr. Minx2 di-jauh2 kanlah perkare yg berape elok. Andainye kite takut nk minx maaf, maka cepat2 lah minx2 maaf kat tuhan biar mak ayah kite x dgr tapi Allah mendgr segala isi hati kita yg tersirat. INSYAALAH... 


:: MOTIVASI KAT DIRI SENDIRI


Isnin, 1 Oktober 2012

Sudah Ketentuannya..




                    Dalam kehidupan, ada cerita disebalik permulaan dan ada pula cerita disebalik pengakhiran. Sebenarnya ak tak pandai nak berpuitis.Tapi sikit tu boleh laa kan.=) Aku cuma cakap apa yang ada dalam fikiran aku.Apa yang aku alami dan apa yang aku nampak dalam kehidupan seharian aku.

                    Setiap yang datang pasti akan pergi.Walau pahit macam manapun dugaan tu kita mesti teruskan hidup. Sabar adalah perjuangan paling penting dalam hidup kita. Itu sebab jika seseorang itu tinggalkan kita ataupun pergi meninggalkan dunia yang leka ini maka kita mesti redha dengan ketentuannya. Bila kita redha, banyak perkara Allah tu beri ujian kepada kita. Maka dia turunkan rahmat buat mereka yang bersabar.

                   Banyak perkara yang Allah tu turunkan rahmat buat kita. Contohnya, Allah tu berikan kita rezeki, kasih sayang, cinta dan lain2. Maka sebab itulah sebelum berterima kasih dengan manusia kita kene ucap berterima kasih dulu dengan Allah. Sebab dia yang memelihara. Jika kita ingat die, insyaallah die akan ingat kita.

                  Jika seseorang itu pergi meninggalkan kita, anggaplah ini juge ujian darinye untuk tebus kesalahan kita yang lalu melalui pelbagai ujian atau titisan air mata. Setiap orang dugaannye lain2 dan hatinya merasa lain2. Kita tidak mengetahui tetapi Allah itu maha mengetahui...

::sesungguhnya yang burok itu dtg dri sye sendri.